NADI - CYBERSECURITY : Webinar Sim Swap | Ancaman Siber Di Tempat Awam Live Demo Card Clonning & Tracker Gadjet Slot 1

11 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

10 Oktober 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas Webinar Sim Swap | Ancaman Siber Di Tempat Awam Live Demo Card Clonning & Tracker Gadjet Slot 1. Kelas ini bermula pada jam 3.30 petang dan di sampaikan oleh Encik Izzat Hamizan. Seramai 2 orang peserta terlibat dalam kelas ini.

Webinar NADI x Cybersecurity: Ancaman Siber di Tempat Awam bertujuan meningkatkan kesedaran tentang bahaya keselamatan digital ketika berada di tempat awam. Melalui live demo card cloning dan tracker gadget, peserta akan didedahkan kepada cara penjenayah mencuri data kad serta menggunakan alat pengesan untuk menjejak individu. Program ini memberi pengetahuan tentang langkah pencegahan, tanda-tanda amaran, serta cara melindungi maklumat peribadi agar tidak menjadi mangsa jenayah siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali